ROSES • Polisi Rasmi

Polisi Privasi ROSES

Kemas kini: 8 September 2026

ROSES ialah sistem pengurusan sekolah SMK Rompin yang menyokong operasi pendidikan dan pentadbiran. Polisi ini menerangkan bagaimana ROSES mengakses, menggunakan, menyimpan dan melindungi data apabila pengguna menggunakan fungsi sistem, termasuk integrasi Google Classroom dan Galeri Google Photos.

1. Prinsip penggunaan data

ROSES meminta akses Google hanya apabila diperlukan untuk fungsi yang dipilih pengguna. Kebenaran dihadkan kepada skop minimum yang diperlukan. Data Google tidak digunakan untuk pengiklanan, pemprofilan iklan atau penjualan kepada pihak ketiga.

2. Google Classroom

Apabila pengguna menyambungkan Google Classroom, ROSES boleh menggunakan kebenaran yang diluluskan untuk melihat kelas yang boleh diakses oleh pengguna serta melaksanakan tindakan Classroom yang diminta, seperti urusan bahan, tugasan, penghantaran atau pengumuman mengikut fungsi modul.

Apabila dokumen eRPH, PDF atau pautan dihantar ke Classroom, ROSES menghantar kandungan atau pautan yang dipilih pengguna. Hak akses fail asal kekal tertakluk kepada tetapan Google Drive, storan asal dan polisi organisasi.

3. Google Photos · Galeri ROSES

Galeri ROSES menggunakan Google Photos sebagai stor media bagi album program sekolah. ROSES menyimpan metadata dan pengenal provider, bukan salinan blob foto atau video dalam pangkalan data ROSES.

Skop Galeri ROSES tidak direka untuk membaca keseluruhan koleksi Google Photos sedia ada pengguna. Album lama yang bukan dicipta ROSES hanya boleh didaftarkan sebagai pautan apabila pengguna memilih untuk berbuat demikian.

4. Data yang disimpan oleh ROSES

Bergantung pada modul, ROSES boleh menyimpan pengenal pengguna, metadata operasi, ID album/media provider, tajuk, tarikh program, kategori, status penerbitan, log audit dan maklumat sambungan OAuth yang diperlukan untuk menjalankan fungsi sistem. Media Google Photos kekal disimpan di Google Photos.

5. Token OAuth Google

ROSES menggunakan OAuth 2.0 sisi pelayan. Refresh token disimpan dalam secret storage backend yang dilindungi dan tidak dihantar semula kepada JavaScript awam. Access token bersifat sementara dan digunakan oleh backend hanya untuk membuat panggilan API Google yang diperlukan.

6. Perkongsian dan penyedia infrastruktur

ROSES tidak menjual data atau token OAuth. Infrastruktur seperti Firebase digunakan untuk penyampaian aplikasi web dan Supabase digunakan untuk pangkalan data, kawalan akses, audit dan secret storage. Google menyimpan kandungan yang dihantar ke perkhidmatan Google seperti Classroom atau Photos. Penyedia ini digunakan untuk operasi teknikal sistem, bukan untuk pengiklanan ROSES.

7. Retensi, arkib dan pemadaman

Metadata transaksi dan audit boleh disimpan mengikut keperluan operasi dan rekod sekolah. ROSES mengutamakan arkib atau soft-delete bagi rekod transaksi. Pengguna atau pentadbir boleh memutuskan sambungan Google; ROSES akan membuang atau membatalkan token yang berkaitan apabila fungsi pemutusan digunakan. Kandungan yang telah berada dalam Google Photos atau Google Classroom tertakluk juga kepada kawalan dan polisi Google serta mungkin perlu dipadam melalui antaramuka Google apabila API tidak menyediakan operasi pemadaman tersebut.

8. Kawalan pengguna

Pengguna boleh menarik balik akses aplikasi melalui tetapan keselamatan Akaun Google. Selepas akses ditarik balik, fungsi yang memerlukan Google API akan meminta sambungan semula sebelum boleh digunakan.

9. Keselamatan

Operasi sensitif dilaksanakan di backend. Client secret, refresh token dan service-role key tidak diletakkan dalam HTML atau JavaScript awam. ROSES menggunakan kawalan akses berasaskan peranan, RLS, audit trail dan secret storage untuk mengurangkan pendedahan data.

10. Google API Services User Data Policy

Penggunaan maklumat yang diterima daripada Google APIs oleh ROSES mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use yang berkenaan.

11. Hubungi

Pertanyaan berkaitan privasi atau integrasi Google ROSES boleh dihantar kepada mazlan@qalish.com.